Friday, September 24, 2010

Peguam Bela Suspek Pembunuh Sosilawati Adalah Bekas Pelakon Filem Lucah?

Menurut sumber dari wikipedia D.P Vinjandran merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Malaysia. Beliau merupakan peguam yang terkenal dan menjadi ahli politik dari parti MIC. Nama beliau menghilang selepas dibabitkan dengan Pita video Lucah Vijandran pada 1988. Beberapa tokoh politik termasuk M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC mendesak beliau meletakkan jawatan. Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 diadakan tanpa nama beliau. Nama beliau muncul semula selepas menjadi peguam bela suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut. Dua bulan kemudian, Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong, Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan. Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.

M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan.. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik.

1 Malaysia

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat seharusnya menjadi mata dan telinga untuk memantau agar gagasan ini tidak terbabas daripada matlamatnya.



Erti Kemerdekaan

231823932_8277e9e239 
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Menjelang 31 Ogos, maka genaplah 52 tahun Malaysia berdiri megah sebagai negara merdeka dan berdaulat.

Apakah erti kemerdekaan bagi bangsa sebuah negara merdeka seperti kita? Bebas daripada penjajahan fizikal dan mental oleh bangsa Eropah? Kita patut berbangga kerana kita tidak lagi dijajahi bangsa Inggeris?

Sebenarnya kita belum dibebaskan. Minda kita masih dicorak dan dikuasai oleh golongan dominan. Bukan oleh bangsa Eropah, tetapi oleh bangsa kita sendiri. Rejim hegemonik melakukan sedaya upaya untuk mengekalkan kekuasaan mereka ke atas kita agar status quo dapat dikekalkan.

Hegemoni dirujuk sebagai satu kaedah kawalan sosial melibatkan keupayaan kelas sosial yang dominan (elit yang berkuasa) untuk memberikan kepimpinan dan arahan kepada kelas sosial yang lain (masyarakat umum) bagi mendapat kepatuhan sama ada secara rela atau secara paksaan melalui penggunaan kuasa yang ada pada mereka untuk mengekalkan status quo (Gramsci 1971).

Kaedah pertama melibatkan keupayaan menguasai minda masyarakat secara suka rela. Kaedah ini dilakukan oleh pelbagai agen sosialisai seperti media massa, parti politik, ibu bapa, sekolah, guru, rakan sebaya dan sebagainya bagi menanam norma dan budaya masyarakat. Jelas sekali proses penguasaan minda oleh kelas dominan ini amat berjaya sehingga membolehkan mereka berada di kedudukan yang hegemonik semenjak merdeka sehingga sekarang. Pemikiran dan tindakan masyarakat umum berjaya dipengaruhi dan dikawal sebagaimana dikehendaki.
Kaedah kedua ialah tindakan mengawal (menjajah) masyarakat dengan kekerasan dan paksaan. Ini melibatkan penggunaan beberapa institusi yang berkuasa di dalam negara seperti institusi perundangan dan keselamatan, termasuk akta-akta tertentu. Kaedah ini tidak meletakkan undang-undang sebagai sesuatu yang berdaulat, sebaliknya memperalatkan undang-undang tertentu bagi kepentingan rejim (rule by law bukan rule of law).
Kedua-dua kaedah hadir serentak dan saling melengkapi. (Muhamad Nadzri Mohamed Noor 2009).

Sekiranya penguasaan golongan dominan bagi mengekalkan status quo ini tidak dihapuskan, selagi itulah masyarakat umum, yakni rakyat terbanyak tetap tidak bebas – fizikal dan minda dipengaruhi dan dikuasai sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Apakah erti kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia?

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-52 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Wednesday, September 22, 2010

PR mahu jadikan Mandarin dan Tamil bahasa rasmi

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof. P Ramasamy dipetik sebuah akhbar Cina menyebut bahawa Pakatan Rakyat berhasrat untuk menjadikan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa rasmi, sebagai ‘merangkumkan’ kedudukan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara (sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan), sekiranya berjaya mengambil alih kuasa tampuk pemerintahan negara.

Ramasamy merupakan seorang ADUN DAP bagi Perai.

Ini jejas sikap pemimpin anti Melayu dalam Pakatan Rakyat, terutama DAP ingin menafikan kepentingan majoriti dan sejarah semata mata untuk menunjukan keangkuhan minoriti mereka mampu menguasai golongan majoriti, apabila berkuasa. Ini merupakan sikap yang sama Kepimpinan PAP di Singapura.

Untuk rekod, DAP merupakan ‘anak didik’ dan agenda anti Melayu dan sosialis PAP Singapura di Malaysia, apabila mereka dinyah keluar oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra pada 9 Ogos 1965 kerana sikap ‘minoriti-cuba-menguasai-majoriti’ dan anti Melayu yang makin terserlah dan mula menggugat kestabilan politik dan harmoni negara dan rakyat.

Ini jelas percubaan DAP cuba mengubah Artikel 152 yang memperuntukan Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan sekiranya ini berjaya, makan minoriti anti Melayu ini makin berjaya mengorak langkah untuk menafikan peranan orang Melayu sebagai pribumi tanahair ini dan ciri ciri Melayu dan Islam merupakan asas pembudayaan Bangsa Malaysia seperti Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, Islam merupakan ugama Persekutuan Malaysia, sistem mahkamah syariah mempunyai kedudukan sama taraf dengan mahkamah sivil dan sebagainya.
Rakyat Malaysia wajar sedar hasrat strategik DAP ini, sebagai golongan minoriti yang cuba menguasai majoriti dan menafikan kedudukan orang Melayu secara komprehensif apabila berkuasa.

info blog Bigdotcom  di sini http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Kertas siasatan Sosilawati diserah ke AG hari ini ( 21 September 2010 )

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata satu perbincangan juga akan diadakan bersama peguam negara bagi menilai sebarang perkara yang perlu dilaksanakan berhubung kes tersebut.

"Sekiranya peguam negara perlukan kita untuk menyiasat lagi kes tersebut, berkemungkinan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap semua suspek," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM di Kuala Lumpur malam semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu depan.

"Kalau boleh kita nak tahu keputusan laporan DNA keempat-empat mangsa itu secepat yang mungkin...bagaimanapun, kita akan tunggu, kalau tidak minggu ini, mungkin minggu depan, dan akan kita sertakan dengan kertas siasatan (jika diminta untuk dikemaskini semula oleh Peguam Negara)," katanya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sementara itu, Bakri mengesahkan kematian pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar, di rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.

"Mangsa ada masalah kesihatan, keluarga dan perniagaan...kematiannnya tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati," katanya.

Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidur di rumahnya 8.30 pagi Sabtu lalu.

Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan tragedi yang menimpa Sosilawati, yang juga sahabat baiknya.

- Bernama

Kes bunuh Sosilawati: Siasatan polis tak lengkap

Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis telah diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya.

Tun Abd Majid (kanan) berkata pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.

Katanya Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Laporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.

Selain Sosilawati (kanan), 47, yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.

Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.

Kehilangan Shafik dan rakannya telah dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.

Selain itu, ia turut melibatkan kes kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.

Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

- Bernama

Friday, September 3, 2010

 S.E.L.A.M.A.T M.E.N.Y.A.M.B.U.T H.A.R.I R.A.Y.A A.I.D.I.L.F.I.T.R.I
                 ( M.a.a.f Z.a.h.i.r d.a.n B.a.t.i.n )

Pada kesempatan ini, di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya dengan tulus ikhlasnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin....

Walaupun ada beberapa hari saja lagi nk posa, tp mmg masa yg ssuai dah nk ucp..hehe....
pada yg posa xpnuh 2 arap2 gnti lah yer...kalo brsbb xpe la ape nk wat kn...

harp dpt jmpa smua kgkwan yg da lam xjmpa.bkn sja kwan..ckgu2 kluarga trdkt smua skli la..bla bjar jauh2 mmg sush sgt nk blik kg hlman kt prls 2...bkn xnk blik tp masa xizinkn...