Thursday, September 27, 2012

Coretan Peribadi Ungkapan Sanubari

Sudah lama daku tidak menulis akibat kesibukan masa dengan pelbagai aktiviti.

Kini alhamdulillah,daku telah tamat pengajian dalam bidang Masscoomm (Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal,Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,Universiti Teknologi Mara,Shah Alam,Selangor)..Tamatnya alam belajar,sekarang bertungkus-lumus dalam alam pekerjaan,walaupun bidang daku lebih kepada Perhubungan Awam (PR),tetapi rezeki di dalam bidang Penulisan (Journalism). Berbagai jenis penulisan dan artikel telah ku hasilkan dan berkat dari Illahi,perjalanan hidupku berjalan lancar walaupun kadang-kala mengalami kesulitan.,Kerjaya dalam Media (Berita Harian) menjadikan daku lebih tabah malah memberikan daku seribu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..

Wednesday, September 19, 2012


 Salah satu artikel -)


 KANGAR: Sebanyak 48  premis makanan di seluruh negeri ini ditutup kerana didapati tidak memenuhi standard yang ditetapkan Jabatan Kesihatan termasuk menyebabkan berlaku kes keracunan makanan sejak Januari tahun ini.   
  Jumlah itu adalah hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 1,194 premis makanan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi tujuh bulan pertama tahun ini.
  Exco Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar Perlis, Ahmad Bakri Ali, berkata penutupan premis makanan itu bertujuan untuk memberi peringatan kepada pengusaha kedai makan menjaga aspek kebersihan dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan.
  "Sebanyak 57 daripada 1,386 premis yang diperiksa Pejabat Kesihatan Daerah sepanjang tahun lalu ditutup kerana gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan. Malah, sepanjang thuan lalu juga Perlis mencatatkan lima kes keracunan makanan.
  "Justeru, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan MPK akan bekerjasama melakukan pemantauan agresif di Bazar Ramadan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang bulan puasa ini,"katanya.
   Beliau berkata demikian sempena Majlis Promosi Keselamatan Makanan 2012 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri di bazar Ramadan di Stadium Utama di sini, semalam. Terdahulu, Ahmad Bakri turut mengagihkan sebanyak 2,000 apron dan penutup kepala kepada peniaga di bazar berkenaan dan seluruh Perlis.
   Ahmad Bakri berkata, tiga pasukan penguatkuasa akan melakukan operasi pemantauan di  24 bazar yang beroperasi di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini. 
   "MPK mewajibkan setiap gerai menggunakan tong sampah tertutup dan sekiranya mereka ingkar tindakan diambil mengikut Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya
   Ahmad Bakri berkata, orang ramai dinasihatkan bijak memilih kedai yang mengutamakan kebersihan selain perlu mengenalpasti jenis makanan berisiko tinggi serta mengetahui
tanda awal keracunan makanan.
  "Selain pembeli, pengendali premis makanan juga harus bertanggungjawab menyediakan kedai makanan yang bersih selain perlu mendapat suntikan seperti ditetapkan. Dengan adanya sikap bertanggungjawab ini ia dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini," katanya.