Wednesday, April 27, 2011

Erti sebuah kehidupan

Aku seorang perantau yg merantau mencari ilmu di negeri orang...perjalanan ku penuh dengan liku2 kehidupan...apabila hidup berdikari di tempat yg jauh dari keluarga ku terasa sangat rindu walaupun niat di hati hendak menempa kerjaya namun apakan daya daku masih memerlukan mereka....kehidupan di sini penuh dengan dugaan, tiap masalah ku pendam tanpa diketahui mereka...kadang2 ku sedih namun ku teruska jua kehidupan demi sebuah pengalaman...jasamu ibu dan bapa kan ku balas selagi ku mampu..ku xberdaya mengungkapkan segalanya dengan kata2 hanya tulisan penuh bicara...


Jika berada di tempat sendiri walaupun terasa kesusahan namun bila di jauhan terasa lebih keperitan...daku bukan dilahirkan di sini dan daku memang tidak suka berada di bandar....duhai ibu duhai ayah duhai keluarga duhai teman duhai rakan...nantikan kepulanganku dengan penuh senyuman...aku dah xberdaya berada di negeri orang...pengalaman masih belum cukup namun hati ku da tertarik untuk kembali ke jalan sebenar..ku di sini tiada berteman walaupun punya rakan sejuta impian selagi pahit manis kehidupan ku telan, tak bisa ku lupakan...

Entah mengapa hatiku gundah gulana tikala siang menemui malam, tikala malam menemui rembulan, dua tiga hari penuh penantian, ku cuba larikan diri dari segala teman tanpa sesiapa mengetahui tujuan...namun pabila segala pasti kan ku kembali lagi pasti...

_ nukilan seorang hamba di kala kesepian dan tertekan dengan persoalan _

KERY_6789

Mengenal Kekuatan dan Kelemahan Akal, Jiwa dan Perasaan

Assalamualaikum...

Dalam melalui nikmat kehidupan yang indah ini, mencari-cari kekuatan sebuah perasaan dan kelemahan, setiap insan menginginkan kejayaan dalam hidupnya, lebih-lebih lagi kehidupan akhirat. Sebelum itu, haruslah kita mengenal diri sendiri, supaya tidak sesat dan terumbang ambing dalam membina sebuah impian kehidupan. Orang yang mengenal dirinya sendiri sahaja yang dapat memperbaiki dan meningkatkan dirinya disisi ALLAH. Memperbaiki apa yang lembah menjadi kuat dan kekurangan itu menjadi baik. Disini ana kongsikan cebisan artikel yang bertajuk Mengenal Kekuatan dan Kelemahan akal, jiwa dan perasaan yang dititipkan dalam sebuah buku bertajuk Ciri-ciri wanita yang membawa kesyurga.

Mengenal kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri adalah pening, supaya kita dapat melatih dan meletakkan diri sesuai pada tempat dan peranannya. Setiap manusia mempunyai tiga akekuatan dan kelemahan dalam diri yang perlu kenali satu persatu.

Di antara Kekuatan Dan Kelemahan Itu Ialah Akal, Jiwa Dan Perasaan. Marilah kita menilai dan kenalinya.

1.Kekuatan dan Kelemahan Akal.

a). Kelebihan Kekuatan Akal.
Orang yang mempunyai kekuatan akal, ia amempunyai sifat-sifat khusus. Di antaranya ialah:

1. Mampu berfikir tajam. Hasil fikirannya melahirkan pelbagai teori yang tidak terfikir oleh orang biasa. Dia boleh pula memahamkan orang lain teori penciptaanya itu samaada melalui menulis buku, memberi penerangan atau lain-lain.
2. Berilmu. Kerana kekuatan akalnya lebih, dia senang mengingat ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Bahkan dia mampu mencungkil ilmu-ilmu tersirat.
3. Berhati-hati. Kerana kerajaman fikirannya, dia cukup berhati-hati supaya kerjanya tidak salah atau tidak menemui jalan buntu.

b).Kelemahan Kekuatan Akal
Antara kekurangan atau kelemahan orang yang mempunyai kekuatan akal pula ialah:

1. Mudah lupa kepada kebesaran ALLAH SWT. Sebabnya ialah kerana ia merasa dirinya hebat da tidak memerlukan pihak lain, hatta kepada ALLAH pun ia terasa kurang penting untuk bergantung. Oleh sebab itu bukan sahaja ia tidak mahu berdoa memohon pertolongan dan bantuan ALLAH, bahkan sembahyang pun ia lupa untuk lakukan, demikian juga dengan puasa dan lain-lain perintah ALLAH, kerana dianggap kurang perlu.

2. Lupa tugas dan peranannya kepada orang lain. Lupa untuk memikirkan kepentingan dan kerja-kerja masyarakat, malah lupa untuk memikirkan keluarga sendiri kerana asyik dengan keistimewaan akalnya, daam melakukan kerja-kerja membuat analisis, kajian dan sebagainya.

3. Lupa diri. Orang yg mempunyai kekuatan akal adakalanya lupa pada diri sendiri, sehingga dirinya tidak terurus kerana sibuk dengan teori dan kajiannya. Sehingga janggut dan misainya panjang melebihi had yang disunnahkan. Demikian juga dengan pakaiannya dan biliknya tidak tersusun, berselerak dengan buku dan nota kajiannya.

4. Jiwanya dipenuhi oleh mazmumah. Jiwa orang yang kuat akal dipenuhi ujub, sombong, berbangga dengan kelebihan yang ada. Kerana kehidupan hariannya hanya memikir menambahkan ilmu yang diperlukan oleh akalnya, tanpa ditambah ilmu yang diperlukan dalam jiwanya, seperti ilmu tentang kelebihan bersigat mahmudah (baik).

Cara mendidik orang Kuat Akal

Bagi mendidik orang yang kuat aka ini supaya kekuatan akalnya dimanfaatkan untuk islam dan perjuangan,ialag dengan cara diberi kesedaran. Dalam Al-Quran, ALLAH mendidik mereka dengan ayat-ayat yang mengajak berfikir, dengan cara itu merea dapat membuat perbandingan dan tidak lagia sombong dengan keistimewaan yang ALLAH berikan.

Orang yg kuat akal juga patut diajak berfikir perkara tersirat disebalik kejadian alam ini, khususnya merasakan kebesaran Pencipta ala mini. Selain itu ajak ia berfikir tentanh hidup setelah mati, fikir mengenai syurga dan neraka di akhirat.

HAsilnya nanti lahirlah pemikir-pemikir Islam yang dapat menyelesaikan masalah diri dan keluarganya. Bahkan sekaligus dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

2. Kekuatan Jiwa

a). Kelebihan Orang Kuat Jiwa.
Orang yg jiwanya kuat ialah orang yang tahan lasak. Lebih-lebih kagi jika beriman dan terpimpin, menghasilkan sifat berani, yakin pada diri sendiri, pemurah, tabah, tahan uji, tidak berputus asa dan lain-lain.

b). Kelemahan Orang kuat jiwa.
Sebaliknya orang yang jiwanya kuat, tapi lemah iman dan tanpa pimpinan, akan melahirkan sifat burul, seperti gopoh, boros(membazir), zalim (suka menindas), pemarah, sombong, pendendam, ujub, ego dan lain-lain.

Cara mendidik orang Kuat Jiwa
Bagi mendidik orang yg kuat jiwa supaya insaf dan terpimpin, ingatkan kepadanya tentang nikmat-nikmat ALLAH. Ceritakan kepadanya tentang sejarah orang soleh (baik) dano rang toleh (jahat), kerana hatinya mudah sensitive (tersentuh) dan mudah mendorongnya mencontohi kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Orang yang kuat jiwa juga bila mengenal dan memegang kebenaran, ia akan yakin dan pertahan bersungguh-sungguh serta dapat pula menyampai dan mendidik orang lain.

3. Kekuatan Perasaan

a). Kelebihan Orang Kuat Perasaan.

Orang yang kuat perasaan mudah sensitive (perasa). Sifat ini ada kebaikannya, kera menimbulkan sifat-sifat positif seperti berikut;

1. - Sentiasa berhati-hati (tidak gopoh dan gapah)
2. - Bertimbang rasa.
3. - Lemah lembut
4. - Penyayang.

b). Kelemahan Orang Kuat Perasaan.

Namun orang yang kuat perasaan ada pula kelemahannya, jika tidak dikawak ia akan menimbulkan sifata negatif, seperti;

1. - Mudah merajuk.
2. - Mudah kecewa.
3. - Suka menyendiri.
4. - Mudah buruk sangka.
5. - Tidak yakin pada diri
6. - Rendah Diri (inferiority complex).
7. - Tidak tahan diuji
8. - Penakut
9. - Pemalu

Cara Mendidik Orang kuat perasaan

Seorang yang memiliki kekuatan perasaan hendaklah didik dan dipandu dengan iman dan syariat Islam. Sifat-sifat yang positif yang baik hendaklah disuburkan manakala sifat-sifat yang negative yang tidak baik hendaklah dikikis perlahan-lahan secara kesedaran.

Untuk mendidik orang yang kuat perasaan supaya perasaanya peka kepada kebaikan hendaklah menceritakan kepadanya khabar gembira tentang hal-hal kebaikan, jika dilakukan dan menceritakan juga khabar yang menakutkan tentang hal-hal kejahatan, jika dilakukan.

Hati orang yang kuat perasaan akan mudah sensitif dan mudah insaf dengan teladan kisah-kisah tersebut. Jika diceritakan kepadanya tentang azab neraka, ia mudah takut, gerund an cemas. Jika diceritakan tentang nikmat syurga, mudah mendorongnya untuk mengambil iktibar dan cinta kepada syurga.

Menilai Kekauatan Yang ada pada diri.
Setelah kita fahami secara ilmu tentang kekuatan-kekuatan tersebut. Maka bolehlah kita menilai diri sendiri, apakah kekuatan yanag ada pada diri kita. Mungkin ada kukuatan akal sahaja, atau kekuatan jiwa sahaja, atau kekauatan perasaan sahaja, atau kekuatan perasaan dan jiwa, atau kekuatan jiwa dan akal, atau ada ketiga-tiganya sekali.Sukar untuk memiliki ketiga-tiga kekuatan itu sekaligus, kerana ia adalah anugerah ALLAH kepada kita. Orang yang diberi ketiga-tiga kekuatan biasanya boleh memimpin orang lain dan ia menjadi orang istimewa.

Setelah kita menilai kekuatan yang ada pada diri kita, maka barulah kita dapat mendidik diri kita sesuai dengan kebolehan yang ada pada kita. Kalau kita telah mengenal kebolehan diri sendiri, kita akan mudah redha menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dan kita dapat sumbangkan kelebihan yang ada pada kita untuk orang lain dengan sebaik-baiknya. Insya’allah….

Alhamdulillah, Apa yang ana kongsikan pada kali ini, sangat berguna dan berkesan untuk ana dalam mendidik diri, Kerana sebelum mendidik diri kita harus mengenal diri. Sungguh Allah lebih mengetahui segalanya. Semoga Allah senantiasa memberikan kita hidayah serta petunjuk agar kekuatan yang kita peroleh bermanfaat buat kita dan kehidupan yang kekal kelak.. amin ya rabbal alamin.

Thursday, April 21, 2011

Shooting-Recording SEJUTA IMPIAN

Rabu..hari bosan sedunia

Punyalah bosan hari ini...hahah tup2 dapat 1 plan di mana athir bgtaw semalam sal recording kt ntv7

Haaa semalam dye bgtaw,semangat hari ini..jam8 da bgun siap semua. Tapu tertido balik...hahaha sori pas2 terpaksa la pegi jam 11...tp cian kt fiq ulang alik 2 3 kali..maaf fik...tp seb baikla c athir pon pnyela lame mnggu c ari 2 ha...huhu/..xpe pape pon perjalann ditruskan...niat utama di hati “ nk makan jerk” heeee..

Tiba di tempat kejadian kami disambut hehehe....mcm vip lak walupon kawn athir jek jmput                ( padahal my senior gak kt masscomm ),,sampai2 terus makan hahaha...mcm diplan..nyum2 kenyangnyer...bukan lapar sgt tp nk berjimat haha

Rupanya baru sarapan...xsampai 10 minit diorg jemput makan lagi..mkn tgahri..mkn jela..nyum2...mmm setelah selesai makan semua, kami dijemput masuk studio rakaman..haha masuk la,,,untuk rancangan “ sejuta Impian “...menurt media, rancangan ni bakal ditanyangkan 3 bulan ag...so we ( athir, kery n fiq ) da jadi guest lagi awal heee..

Maka bermulalah rancangan yg dinanti..kt studio dgn guest2 kene berlakon..mklmla depan kamera...show kali ni judge dye norman KRU, pereka fesyen yg hot, producer filem..host dye lak nas yg popular...haha xsgke lak ade Ning Baizura tadi,,perh meletup u oll...

Hehe pape pon pglaman yg best rini..dapat tambah link lagi..kalo ade lagi jom pegi lagi yeahhh...

++ tapi masing2 xbawk kamera syg tol...leh tgok jela artis2 tu ha...no pic adoyai coz no kamera aduhh++

Thursday, April 7, 2011

Seungkap Kata

SECANGKIR MADU KASIH...

Kasih...
Secangkir madu kuhimpun untukmu
Tetap tenang di danau hatiku...
Dihiasi indah kuntuman bunga-bunga cintaku
Dengan kicauan burung yang berlagu rindu

Kasih...
Cinta mungkin datang dan pergi
Namun...
Biarkan ia menjelma sendiri
Makin dinanti, mungkin jauh ia pergi
Sabar di sini, seperti dekat di sisi...

Kasih...
Biar sang unggas senda berlagu
Pada diriku yang setia padamu
Sampai waktu cintakan bertamu
Menghias indah di kehidupan aku dan kamu
Usah putus harap, padaNya YANG SATU...
Tanpa kita jemu, usah kita keliru...

Kasih...
Tika waktu deras berlalu, bak air menderu
Walau musim silih berganti
Datang dan pergi...
Seperti camar yang terbang tinggi lantas kembali
Untuk sekian kali...namun...
Takkan pernah mengubah rasa
Takkan menghakis pudar warna

Kasih...
Walau sang semut telah terhidu
Meski sang lebah berlegar disekelilingku
Tarian indah dari si kupu-kupu
Namun tiada kesempatan untuk semua itu...
Kerna maduku hanya untukmu...

Kasih...
Cangkir maduku hanya satu, tidak beribu
Jika itu kau tanyakan padaku...
Niatku tulus buatmu...
Kerna itu yang kutahu dan tetap itu yang aku mahu
Kerna cintaku hanyalah satu
Dan yang satu itulah aku persembahkan buatmu

Kasih...
Biarlah niat cinta
Untuk YANG ESA...
Kerna secangkir maduku adalah dariNYA
Dengan IZIN..tak akan pernah tersisa...

Wednesday, April 6, 2011

Jom hilangkan Stress!!

Kehidupan modern yang penuh dengan permasalahan, ditambah beban hidup yang menumpuk, membuat stress dan tertekan. Jika dibiarkan akan mengganggu secara psikologis. Namun ada banyak cara untuk meredakan stress, misalnya:

1. Atur tarikan nafas. Tarik nafas dalam – dalam dan hembuskan dengan perlahan, konsentrasi pada gerakan diafragma anda. Lakukan dua atau tiga kali, hingga mulai merasa terkendali.

2. Redakan ketegangan. Jika sedang duduk, berdirilah dan lakukan perenggangan yang lembut. Gerakan tangan dan lengan bergantian, lalu angkat bahu dan buat tubuh anda terasa rileks.

3. Bergerak. Lakukan jalan cepat, walaupun hanya jalan – jalan di seputar ruangan atau kamar mandi. Hal itu berguna untuk membantu melancarkan aliran darah. Bergerak secara teratur juga dapat membantu membakar efek negatif dari hormon stres.

4. Berteriak dan menjerit. Pergilah ke suatu tempat pribadi lalu berteriak dan menjerit sepuasnya. Cara itu dapat dipakai untuk terapi pereda stres. 

5. Terapi Esensial Bunga. Petakan beberapa tetes sari bunga, seperti Bach Rescue Remedy, Jan de Vries Emergency Essence atau Australian Bush Flower Emergency Essence di lidah anda.

6. Berpikirlah positif. Pilih sesuatu yang layak, suatu pemikiran pribadi yang positif. Ulangi secara teratur pada diri anda sendiri. 

7. Konsumsi makanan sehat.Diet dan jangan tergoda makan secara berlebihan. 

8. Dengarkan musik. Irama musik yang lembut dapat membantu anda lebih tenang.

9. Terorganisasi. Mulai mengatur kehidupan dan waktu secara efektif. Membuat prioritas, sehingga anda dapat mengatasi tekanan dalam suatu waktu. 

10. Tertawa.Menonton komedi, tertawa bersama teman anda, atau kunjungi website lelucon merupakan penawar luarbiasa bagi stres. 

11. Menemukan ketenangan dari dalam. Visualisasi atau meditasi dapat membantu menemukan sebuah ketenangan dari dalam, pada saat disekeliling anda dipenuhi tekanan dan kegaduhan. 

12. Konsumsi vitamin dan suplemen. Anda mungkin membutuhkan sejumlah vitamin B dan antioksidan semacam vitamin C dan E pada saat sedang tertekan. Suplemen probiotik dapat juga membantu anda mengatasi stress.