Wednesday, September 22, 2010

PR mahu jadikan Mandarin dan Tamil bahasa rasmi

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof. P Ramasamy dipetik sebuah akhbar Cina menyebut bahawa Pakatan Rakyat berhasrat untuk menjadikan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa rasmi, sebagai ‘merangkumkan’ kedudukan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara (sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan), sekiranya berjaya mengambil alih kuasa tampuk pemerintahan negara.

Ramasamy merupakan seorang ADUN DAP bagi Perai.

Ini jejas sikap pemimpin anti Melayu dalam Pakatan Rakyat, terutama DAP ingin menafikan kepentingan majoriti dan sejarah semata mata untuk menunjukan keangkuhan minoriti mereka mampu menguasai golongan majoriti, apabila berkuasa. Ini merupakan sikap yang sama Kepimpinan PAP di Singapura.

Untuk rekod, DAP merupakan ‘anak didik’ dan agenda anti Melayu dan sosialis PAP Singapura di Malaysia, apabila mereka dinyah keluar oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra pada 9 Ogos 1965 kerana sikap ‘minoriti-cuba-menguasai-majoriti’ dan anti Melayu yang makin terserlah dan mula menggugat kestabilan politik dan harmoni negara dan rakyat.

Ini jelas percubaan DAP cuba mengubah Artikel 152 yang memperuntukan Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan sekiranya ini berjaya, makan minoriti anti Melayu ini makin berjaya mengorak langkah untuk menafikan peranan orang Melayu sebagai pribumi tanahair ini dan ciri ciri Melayu dan Islam merupakan asas pembudayaan Bangsa Malaysia seperti Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, Islam merupakan ugama Persekutuan Malaysia, sistem mahkamah syariah mempunyai kedudukan sama taraf dengan mahkamah sivil dan sebagainya.
Rakyat Malaysia wajar sedar hasrat strategik DAP ini, sebagai golongan minoriti yang cuba menguasai majoriti dan menafikan kedudukan orang Melayu secara komprehensif apabila berkuasa.

info blog Bigdotcom  di sini http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Kertas siasatan Sosilawati diserah ke AG hari ini ( 21 September 2010 )

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata satu perbincangan juga akan diadakan bersama peguam negara bagi menilai sebarang perkara yang perlu dilaksanakan berhubung kes tersebut.

"Sekiranya peguam negara perlukan kita untuk menyiasat lagi kes tersebut, berkemungkinan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap semua suspek," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM di Kuala Lumpur malam semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu depan.

"Kalau boleh kita nak tahu keputusan laporan DNA keempat-empat mangsa itu secepat yang mungkin...bagaimanapun, kita akan tunggu, kalau tidak minggu ini, mungkin minggu depan, dan akan kita sertakan dengan kertas siasatan (jika diminta untuk dikemaskini semula oleh Peguam Negara)," katanya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sementara itu, Bakri mengesahkan kematian pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar, di rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.

"Mangsa ada masalah kesihatan, keluarga dan perniagaan...kematiannnya tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati," katanya.

Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidur di rumahnya 8.30 pagi Sabtu lalu.

Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan tragedi yang menimpa Sosilawati, yang juga sahabat baiknya.

- Bernama

Kes bunuh Sosilawati: Siasatan polis tak lengkap

Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis telah diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya.

Tun Abd Majid (kanan) berkata pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.

Katanya Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Laporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.

Selain Sosilawati (kanan), 47, yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.

Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.

Kehilangan Shafik dan rakannya telah dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.

Selain itu, ia turut melibatkan kes kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.

Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

- Bernama