Friday, October 5, 2012

Zikir Penenang Hati



Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.

Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.

Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."
– Surah al-Mulk: 2.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."
– Hadis riwayat al-Bukhari.

Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:

1. Membaca al-Quran setiap hari.
2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.
3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.
4. Menjauhi maksiat.
5. Membanyakkan istighfar.
6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.

"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."
– Hadis riwayat Muslim.

Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
– Hadis riwayat al-Tirmizi.

Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."
– Hadis riwayat Abu Daud.

Dan banyak lagi zikir-zikir lain yang boleh menenangkan kesedihan dan kegelisahan. Dapatkan buku-buku doa menurut al-Quran dan sunnah. Antaranya Hisnul Muslim, karangan al-Qahtoni dan al-Azkar karangan Imam al-Nawawi.

Wallahu a’lam.



Thursday, September 27, 2012

Coretan Peribadi Ungkapan Sanubari

Sudah lama daku tidak menulis akibat kesibukan masa dengan pelbagai aktiviti.

Kini alhamdulillah,daku telah tamat pengajian dalam bidang Masscoomm (Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal,Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,Universiti Teknologi Mara,Shah Alam,Selangor)..Tamatnya alam belajar,sekarang bertungkus-lumus dalam alam pekerjaan,walaupun bidang daku lebih kepada Perhubungan Awam (PR),tetapi rezeki di dalam bidang Penulisan (Journalism). Berbagai jenis penulisan dan artikel telah ku hasilkan dan berkat dari Illahi,perjalanan hidupku berjalan lancar walaupun kadang-kala mengalami kesulitan.,Kerjaya dalam Media (Berita Harian) menjadikan daku lebih tabah malah memberikan daku seribu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..

Wednesday, September 19, 2012


 Salah satu artikel -)


 KANGAR: Sebanyak 48  premis makanan di seluruh negeri ini ditutup kerana didapati tidak memenuhi standard yang ditetapkan Jabatan Kesihatan termasuk menyebabkan berlaku kes keracunan makanan sejak Januari tahun ini.   
  Jumlah itu adalah hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 1,194 premis makanan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi tujuh bulan pertama tahun ini.
  Exco Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar Perlis, Ahmad Bakri Ali, berkata penutupan premis makanan itu bertujuan untuk memberi peringatan kepada pengusaha kedai makan menjaga aspek kebersihan dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan.
  "Sebanyak 57 daripada 1,386 premis yang diperiksa Pejabat Kesihatan Daerah sepanjang tahun lalu ditutup kerana gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan. Malah, sepanjang thuan lalu juga Perlis mencatatkan lima kes keracunan makanan.
  "Justeru, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan MPK akan bekerjasama melakukan pemantauan agresif di Bazar Ramadan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang bulan puasa ini,"katanya.
   Beliau berkata demikian sempena Majlis Promosi Keselamatan Makanan 2012 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri di bazar Ramadan di Stadium Utama di sini, semalam. Terdahulu, Ahmad Bakri turut mengagihkan sebanyak 2,000 apron dan penutup kepala kepada peniaga di bazar berkenaan dan seluruh Perlis.
   Ahmad Bakri berkata, tiga pasukan penguatkuasa akan melakukan operasi pemantauan di  24 bazar yang beroperasi di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini. 
   "MPK mewajibkan setiap gerai menggunakan tong sampah tertutup dan sekiranya mereka ingkar tindakan diambil mengikut Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya
   Ahmad Bakri berkata, orang ramai dinasihatkan bijak memilih kedai yang mengutamakan kebersihan selain perlu mengenalpasti jenis makanan berisiko tinggi serta mengetahui
tanda awal keracunan makanan.
  "Selain pembeli, pengendali premis makanan juga harus bertanggungjawab menyediakan kedai makanan yang bersih selain perlu mendapat suntikan seperti ditetapkan. Dengan adanya sikap bertanggungjawab ini ia dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini," katanya.

Thursday, June 14, 2012

DEMI BANGSAKU _ ALIF BA TA




Persoalan demi persoalan perlu dirungkaikan bagi menjawab segala pertelingkahan yang berlaku dalam kancah politik masa kini. Dek kerana mengejar pangkat dan wang, segelintir golongan masyarakat terus hanyut dalam mimpi mereka. Mereka sanggup menggunakan kepentingan politik  dan keangkuhan mereka demi memenuhi keinginan dan hasrat dalam menerajui negara. Negara kita Malaysia yang mengamalkan institusi Raja Berpelembagaan dan pemerintahan berparlimen terus diancam sedikit demi sedikit. Masyarakat masih lagi leka dalam arus moden masa kini di mana mereka ditipu dengan janji-janji politik pembangkang dan pihak tidak bertanggungjawab. Kepentingan peribadi menjadi asas perjuangan masa kini, bukan lagi perjuangan untuk menjaga Agama, Bangsa dan Negara. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila golongan belia yang akan menjadi peneraju negara masa  hadapan, yang bakal menjana transformasi mencemarkan diri dengan kancah yang tidak sepatutnya. Mereka dilihat sebagai golongan yang tidak berpelajaran di mana sanggup melakukan kekacauan dan menyerang pihak-pihak berkuasa serta melibatkan diri dalam rusuhan dan kekacauan. Kebanyakan adalah dihidu adalah dalam kalangan bangsa kita sendiri, MELAYU. Tidak sedar kah mereka mengenai sejarah masa lampau pabila berlakunya rusuhan dalam peristiwa 13 MEI. Sedarlah duhai manusia