Tuesday, November 2, 2010

Koleksi gambar banjir

SMKDSA ( Sekolah Kluster Kecemerlangan ) sekolah lamaku dah tenggelam


Jalan Arau ke Kangar


Jalan terpaksa ditutup



Keperitan menghadapi dugaan
Hadapan Istana Arau
Pusat pemindahan banjir
Denai larian
Dalam kawasan sekolah_edited

Sekolahku terpaksa jua ditutup

Pagar Utama_edited








Hari ini 2.11.2010

Mangsa banjir di utara Perlis dipindahkan


KANGAR: Hujan lebat berterusan selama lebih 24 jam menyebabkan beberapa kawasan di utara Perlis dilanda banjir sejak malam tadi.
Sehingga 12.30 tengah hari ini, seramai 286 mangsa daripada 117 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pusat-pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan dan Dewan Orang Ramai Titi Tinggi Hilir.
Hujan masih turun di seluruh Perlis dengan pasukan penyelamat bersedia untuk memindahkan lebih banyak mangsa.

Tinjauan mendapati kerja-kerja memindahkan mangsa sedang dilakukan dan antara kawasan yang teruk terjejas ialah Titi Tinggi, Panggas dan Batu Bertangkup.

Beberapa batang jalan raya juga dinaiki air termasuk Jalan Kaki Bukit di kawasan Beseri dan jalan Titi Tinggi.


Kesemua enam pintu pelepasan air di Empangan Timah Tasoh telah dibuka ekoran paras air di empangan itu yang meningkat.-Bernama

Monday, November 1, 2010



Petang tadi rakan-rakan memberi tahu tentang hujan lebat di Perlis. Tadi baru terbaca berita di Bernama tentang banjir besar yang berlaku. Malah ramai yang sudah dipindahkan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku. Nampaknya kita dah menghampiri hujung tahun 2010, maka fenomena banjir di utara semenanjung Malaysia memang tak dapat dielakkan.

KANGAR 1 Nov. - Seramai 1,218 penduduk di daerah Padang Besar, Arau dan Kangar dipindahkan ke 14 pusat pemindahan di negeri ini berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Abdullah Ali memberitahu, sehingga pukul 6 petang ini, mereka yang terlibat termasuklah seramai 921 mangsa dari 226 keluarga di Padang Besar telah dipindahkan ke lima pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan.

Katanya, mereka terdiri daripada 112 mangsa yang ditempatkan di di Dewan Titi Tinggi Hilir, Pusat Khidmat Mata Ayer (30), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan (386), Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup (324) dan seramai 69 mangsa dipindahkan ke Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Beseri.

"Sebanyak dua lagi pusat pemindahan banjir iaitu Guar Nangka dan SMK Tengku Fauziah di daerah yang sama turut dibuka untuk mangsa banjir namun sehingga kini jumlahnya masih belum diketahui," katanya di sini, hari ini. - Bernama


Puting Beliung di Mata Ayer, Perlis, Malaysia...wmv

Banjir di Perlis, lebih 1,000 dipindahkan

01/11/2010 8:21pm

KANGAR 1 Nov. - Seramai 1,218 penduduk di daerah Padang Besar, Arau dan Kangar dipindahkan ke 14 pusat pemindahan di negeri ini berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Abdullah Ali memberitahu, sehingga pukul 6 petang ini, mereka yang terlibat termasuklah seramai 921 mangsa dari 226 keluarga di Padang Besar telah dipindahkan ke lima pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan.
Katanya, mereka terdiri daripada 112 mangsa yang ditempatkan di di Dewan Titi Tinggi Hilir, Pusat Khidmat Mata Ayer (30), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan (386), Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup (324) dan seramai 69 mangsa dipindahkan ke Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Beseri.
"Sebanyak dua lagi pusat pemindahan banjir iaitu Guar Nangka dan SMK Tengku Fauziah di daerah yang sama turut dibuka untuk mangsa banjir namun sehingga kini jumlahnya masih belum diketahui," katanya di sini, hari ini. 

- Bernama

Tanggal 1.11.2010

:: dugaan semakin hari semakin besar di mana dalam masa seminggu jer ak dapt dua berita yang agak merisaukan mengenai negeri ku...tempat ku membesar dan lahir......patah hatiku mendengar perlis menerima ketibaan puting beliung yang tidak dialukan..ketibaan musibah ini membawa seribu satu kerosakan dalam dan luar...dari zahir dan batin...segala yang terjadi membawa erti yang amat mendalam terhadap rakyat semua.....tidak pernah lagi negeri kecilku menerima azab ini..ya Allah ampunkanlah dosa kami semua....jangan jadikan negeri kami seperti negara indonesia di mana hampir separuh negara nya rosak....kami masih beriman ya Allah.....terlalu besar dugaan ini...ampunkanlah umatmu ya Allah......setelah puting beliung ni, daku menerima lagi satu berita yang agak mencabra di mana pada hari ini..tanggal 1.11.2010, negeri ku dilanda banjir besar di mana ia melibatkan banyak kawasan di dalam Perlis...maksudnya di sini hampir separuh negeri mengalami banjir....statistik dari jabatan meteorologi megatakan bahawa pada hari ini jumlah penduduk yang terpaksas nerpindah dalam negeri ku ke kawasan yang lebih selamat sebanyak 1000 orang...manakala di kedah pula melibatkan 400 orang....ternyata dengan ini negeri Perlis adalah lebih teruk keadaanya...kajian di jalankan , pada kali ini jumlah mangsa adalah lebih banyak daripada 5 tahun lepas...keadaan juga adalah lebih teruk daripada dahulu di mana kawasan arau telah ditenggelami air lebih teruk berbanding sebelum ini...yang lebih syahdunya kawasan sekolah ku di mana tempat daku menimba ilmu dari tingkata 1 hingga tingkatan 6 telah ditutup pada tarikh ini berikutan banjir berkenaan...malah lebih menyedihkan lagi, kawasan rumah daku yakni kampung daku turut terlibat dalam musibah kali ini...rumah daku juga turut dinaiki air..ibu dan bapaku telah menerima pangilan dariku dan mereka menyatakan bahawa keaadaan adalah tidak teruk di rumah ku namun daku masih lagi risau kerana bimbang mereka tidak mahu menceritakan perkara sebenar kepadaku kerana khuatir daku akan risau kerana sekarang merupakan minggu peperiksaan....apa yang menyedihkan daku, pada kali ini daku tidak dapat bersama mereka mengahadapi segala musibah ini...ya Allah,selamatkan mereka......kata-kata adikku masih lagi segar di dalam fikiran daku di mana dia telah berkata " kalau dulu boley la abg ada nk tlong ayah ubah apa yg patut,skg abg dok jauh,xdak sapa boley tlong..cian kt ayah nk bt smua bnda"....ayat ini amat menyedihkan daku..telah ku pack segala barang untuk pulang ke kampung halaman demi keluarga tersayang....pihak polis di perlis telah dihubungi untuk megetahui perkembangan semasa dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi ini...langkah seterusnya ialah untuk menelefon sama ada perkhidmatan keretapi mahupun bas untuk pulang ke kamapung ..namun semuanya tiada pada malam ini..tiket kapal terbang juga telah habis menyebabkan daku makin tertekan...tunggu sehingga hari esok untuk mengetahui perkembangan selanjutnya...hanya doa dapat bersamaku sekarang.....aminnnnn ::

Tragedi di negeriku...PERLIS


Empat kampung dilanda puting beliung

Sebuah van syarikat keselamatan dan sebuah lori kecil diterbangkan puting beliung, ketika bencana alam itu melanda empat kampung dan sebuah taman perumahan di sini petang semalam.

Kedua-dua kenderaan yang sedang dibaiki di Taman Seri Lanchang itu, terapung beberapa meter dari bumi, sebelum dialihkan oleh puting beliung tersebut antara 20 hingga 30 meter dari tempat ia diletakkan untuk dibaiki di bengkel berkenaan.

Ketika diterbangkan puting beliung yang berlaku antara pukul 6 hingga 6.15 petang itu, van milik sebuah syarikat keselamatan itu berputar-putar di udara beberapa kali sebelum terhempas berhampiran pintu masuk ke bengkel Abau Motor.

Pemilik bengkel terlibat, Kelean a/l Eim, 45, memberitahu, dia melihat pusaran puting beliung putih telah menerbangkan kedua-dua kenderaan berkenaan bermula kira-kira pukul 6 petang.

"Saya nampak satu putaran angin berbentuk tajam iaitu besar di atas dan mengecil (tirus) ke bawah. Ia berwarna putih. Putaran itu pula secara bergulung. Takut ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.

"Apatah lagi ketika van keselamatan di bengkel saya diterbangkan kira-kira 30 meter dari tempat ia dibaiki. Sebuah lori kilang gula di bengkel ini juga diterbangkan kira-kira 20 meter.

"Turut rosak akibat puting beliung tersebut ialah sebuah kereta kerana pecah cermin, begitu juga sebuah bas yang cerminnya pecah akibat terkena objek terbang," ujarnya ketika ditemui di bengkel itu di sini malam tadi.

Sewaktu kejadian, Kelean juga memberitahu, dia sempat melihat pelbagai objek seperti papan ikan besar, tiang besi, papan tanda arah jalan dan batang-batang kayu diterbangkan secara berpusing-pusing.

Seorang lagi mangsa ribut di Taman Seri Lanchang, Rozana Abdul Rahman, 52, memberitahu, sebahagian daripada bumbung dan pintu utama rumahnya pecah akibat puting beliung tersebut.

"Kira-kira pukul 6 petang ketika sedang memasak, saya terdengar bunyi bising yang agak pelik di hadapan rumah. Apabila keluar ke ruang tamu saya melihat satu gumpalan putih merempuh cermin pintu utama rumah sehingga pecah.

"Selepas itu, terdengar pula satu rempuhan kuat di tingkat atas. Apabila naik saya dapati bumbung telah rosak. Syukur kepada Allah kerana saya selamat," ujarnya.

Empat kampung yang dilanda puting beliung itu ialah Kampung Alor Lanchang, Kampung Pulau, Kampung Kubang Gajah dan Kampung Padang Petani manakala sebuah taman perumahan pula ialah Taman Seri Lanchang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan, Hal Ehwal Pengguna, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Tugas-Tugas Khas negeri, Mansor Jusoh serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Abdullah Ali turut bergegas ke tempat kejadian malam tadi.

Mansor memberitahu, puting beliung kali ini mengakibatkan lebih 30 rumah rosak, tetapi ia tidak mencederakan mangsa.

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bancian JKM menunjukkan 30 rumah terlibat. Jumlah kerugian belum diketahui. Bantuan berkenaan akan disampaikan tidak lama lagi kepada keluarga yang layak," ujarnya.

                                                                                                                              Sumber: Utusan Malaysia

Sejarah Facebook



Facebook diluncurkan pertama kali pada tanggal 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling mengenal bagi para mahasiswa Harvard.

Dalam waktu dua minggu setelah diluncurkan, separuh dari semua mahasiswa Harvard telah mendaftar dan memiliki account di Facebook. Tak hanya itu, beberapa kampus lain di sekitar Harvard pun meminta untuk dimasukkan dalam jaringan Facebook. Zuckerberg pun akhirnya meminta bantuan dua temannya untuk membantu mengembangkan Facebook dan memenuhi permintaan kampus-kampus lain untuk bergabung dalam jaringannya. Dalam waktu 4 bulan semenjak diluncurkan, Facebook telah memiliki 30 kampus dalam jaringannya.

Dengan kesuksesannya tersebut, Zuckerberg beserta dua orang temannya memutuskan untuk pindah ke Palo Alto dan menyewa apartemen di sana.

Setelah beberapa minggu di Palo Alto. Zuckerberg berhasil bertemu dengan Sean Parker (cofounder Napster), dan dari hasil pertemuan tersebut Parker pun setuju pindah ke apartemen Facebook untuk bekerja sama mengembangkan Facebook. Tidak lama setelah itu, Parker berhasil mendapatkan Peter Thiel (cofounder Paypal) sebagai investor pertamanya. Thiel menginvestasikan 500 ribu US Dollar untuk pengembangan Facebook.



Jumlah account di Facebook terus melonjak, sehingga pada pertengahan 2004 Friendster mengajukan tawaran kepada Zuckerberg untuk membeli Facebook seharga 10 juta US Dollar, dan Zuckerberg pun menolaknya. Zuckerberg sama sekali tidak menyesal menolak tawaran tersebut sebab tak lama setelah itu Facebook menerima sokongan dana lagi sebesar 12.7 juta US Dollar dari Accel Partners. Dan semenjak itu sokongan dana dari berbagai investor terus mengalir untuk pengembangan Facebook.

Pada September 2005 Facebook tidak lagi membatasi jaringannya hanya untuk mahasiswa., Facebook pun membuka jaringannya untuk para siswa SMU. Beberapa waktu kemudian Facebook juga membuka jaringannya untuk para pekerja kantoran. Dan akhirnya pada September 2006 Facebook membuka pendaftaran untuk siapa saja yang memiliki alamat e-mail.

Selain menolak tawaran dari Friendster seharga 10 juta US Dollar, Zuckerberg juga pernah menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli Facebook seharga 750 juta US Dollar, dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli Facebook seharga 1 milyar US Dollar.

Tidak ada situs jejaring sosial lain yang mampu menandingi daya tarik Facebook terhadap user. Pada tahun 2007, terdapat penambahan 200 ribu account baru perharinya Lebih dari 25 juta user aktif menggunakan Facebook setiap harinya. Rata-rata user menghabiskan waktu sekitar 19 menit perhari untuk melakukan berbagai aktifitas di Facebook.