Firman
Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu
(Surah
Muhammad, ayat 7)
Gunakan
seluruh pancaindera
Jodoh
adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana
kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan
manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti
memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama,
masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu
sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk
bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut
adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang
selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan
yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak
dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia
mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang
bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun
tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa
tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan
dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya
terasa sedikit kehilangan.
3.Terima
kita seadanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga
tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita
sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia
tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga
sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah
bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa
jujur
Dia tidak
kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap
jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh
dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi
kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila
dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang
disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan.
5.Percaya
Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan
ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka
yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul
dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu
rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi,
kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti
cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.
6.Senang
Bekerjasama
Bagi kita
yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang,
kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu
memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat
melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada
kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul
beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami
diri kita
Bagi pasangan
yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia
bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita
mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia
menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira
kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga
bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah
sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga
sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup
ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai
menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan
kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan
yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan
dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia
tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.
9.Kata
hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat
mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita
dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada
situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali
lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah
pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat
Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan
pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia
ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi
memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan
memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita
mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika
tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi
mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan,
berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
No comments:
Post a Comment