Tuesday, February 8, 2011

Senarai Semak Fasilitator

Apakah anda seorang fasilitator yang berkesan? Dalam pengajaran dan pembelajaran, peranan guru telah berubah dari penyampai ilmu kepada fasilitator. Pelajar tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong untuk dipenuhi dengan isi, nilai dan kemahiran. Pelajar dikembangkan dan dibantu untuk mencapai potensi diri yang sepenuhnya.
Tiga kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh fasilitator dibahagikan kepada 3 bahagian:

  1. kemahiran pengurusan bilik darjah
  2. kemahiran sistem penataran
  3. kemahiran motivasi
Senarai semak ini memberi sedikit panduan tentang kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki oleh fasilitator untuk melaksanakan tugasnya.
Adakah anda ...


mengembangkan suasana yang positif
bulletmengembangkan norma
bulletmenggunakan "ice-breaker"
bulletmembincangkan jangkaan
bulletmenyemai dan meneruskan persekitaran yang saling mempercayai
bulletsentiasa psoitif
bulletmerangkumi bahan pelajaran mengikut objektif yang ditetapkan

menyeimbangkan isi kandungan dan proses latihan

mencontohi kemahiran-kemahiran pemudahcara yang berkesan

berkomunikasi dengan berkesan
bulletmenggunakan bahasa yang jelas
bulletbercakap dengan jelas
bulletmenggunakan "visual" yang sesuai dan dibuat dengan baik
bulletmenyediakan intruksi langkah demi langkah
bulletmenggunakan isyarat bukan bahasa yang konsisten dan sesuai
bulletmenggunakan "I messages" jika sesuai dan dikehendaki.

membangun dan mengimplimentasikan aktiviti yang distruktur dengan baik
bulletmenyelitkan segmen pengenalan yang menghubungkaitkan aktiviti, menjelaskan tujuan, proses, jangkaan, dan memberi arahan
bulletmemasukkan segmen pembelajaran yang interaktif dan releven
bulletmenyediakan masa pemprosesan untuk membincangkan pembelajaran

menggalakkan perbincangan di kalangan pelajar
bulletmengutarakan soalan yang terbuka dan beraras tinggi
bulletmendemostrasikan pendengaran aktif dan isyarat badan yang bertindakbalas
bulletmenerima dan mengitirafkan semua sumbangan dengan positifnya
bulletmengelakkan penghakiman (judgements) dan interpretasi yang kurang berasas


No comments: