Tuesday, August 2, 2011

Perjuangan belum selesai


Perjuangan belum selesai
Itulah kata-kata pembakar semangat yang sering kali kita dengar di radio dan kaca televisyen tatakala kita membukanya. Inilah pencetus semangat untuk kita bangun dan terus bangun memajukan anak bangsa kita sendiri.perjuangan belum selesai dan bermulanya sebuah perjuangan murni yang akan diteruskan sampai bila-bila oleh anak bangsa.perjuangan yang telah dimulakan sejak dahulu kala.
Namun kini, perjuangan ini bagaikan tidak lagi diambil endah oleh segelintir golongan masyarakat dan jangan membiarkan perjuangan belum selesai ini menjadi perjuangan yang telah selesai kerana setiap apa yang terjadi di tanah air kita memerlukan kesedaran anak bangsa.ayuhlah bangsaku bangunlah.jangan tidur lagi kerana sekali kita tidur,kita akan ketinggalan dan menjadika kita selangkah atau dua langkah atau berlangkah-langkah kerana kita masih jauh ketinggalan nun jauh di belakang,sedarlah duhai bangsaku tanah air kita memerlukan pejuang pewaris untuk meneruskan perjuangan nenek moyang kita.sedarilah duhai bangsaku tanah air kita kian hilang dek kecuaian kita sendiri.peristiwa demi peristiwa berlaku,segala tohmahan segala insiden buruk baik kecik mahupun besar berlaku menjadikan seketika keadaan negara kita malah bangsa kita berada dalam situasi yang tidak sepatutnya.bangunlah duhai bangsaku, negara memerlukan kita.keamanan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi janganlah dipersia.mahukah anda negara yang kita cintai ini menjadi seperti zaman penjajahan jepun inggeris belanda dan portugis dahulu?tidak sama sekali.bangunlah bangsaku daku merayu,demi perjuangan suci.bangunlah!!


Hasil nukilan : mohamad khairie bin Khalid
Khairie 11

No comments: