Sunday, August 18, 2013

Kecaman diterima umat Islam

   Umat Islam seluruh dunia kini semakin diancam pelbagai anasir luar yang tidak pernah jemu untuk menjatuhkan tamadun Islam yang sudah terbina sejak sekian lama.
   Malah, dakyah Kristian untuk memurtadkan umat Islam dikesan memasuki negara ini dan perkara terbabit merisaukan pelbagai pihak.
   Ayuh umat Islam kita bersatu hati, ketepikan hal politik dunia dan berganding bahu bagi membela nasib agama tercinta daripada terus diperkotakatikkan golongan tidak bertanggungjawab, Nauzubillah.
 
                                            Berita Harian Ahad 18 Ogos 2013
                                               Oleh Mohd Khairie Khalid
                                                   khairie@bh.com.my
                                                                              

Monday, March 4, 2013

Kerjaya ku




Media nite

Temubual Kelab Penyokong MB
     Pasukan Bola Sepak Artis ke Perlis




Santai bersama Press Sec MB and Photographer
              My Beautiful Malaysia
                  With Heliza Helmi
 Kejohanan Bola Sepak Media vs     
 Maips
                        with DSSK
                                                                                                   Interview with Dato' Johari













          Lawatan artis ke rumah pesakit


                                                                                             Khidmat komuniti artis

Kerjaya

 

Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Antarapersonal,Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam

Konvokesyen 2 Disember 2012



Demi Negara Tercinta


JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun
berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Penulisan Akhbar



Penulisan sememangnya memberikan impak besar terutamanya berada dalam MEDIA..jom terus maju demi anak bangsa -)

Friday, October 5, 2012

Zikir Penenang Hati



Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.

Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.

Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."
– Surah al-Mulk: 2.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."
– Hadis riwayat al-Bukhari.

Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:

1. Membaca al-Quran setiap hari.
2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.
3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.
4. Menjauhi maksiat.
5. Membanyakkan istighfar.
6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.

"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."
– Hadis riwayat Muslim.

Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
– Hadis riwayat al-Tirmizi.

Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."
– Hadis riwayat Abu Daud.

Dan banyak lagi zikir-zikir lain yang boleh menenangkan kesedihan dan kegelisahan. Dapatkan buku-buku doa menurut al-Quran dan sunnah. Antaranya Hisnul Muslim, karangan al-Qahtoni dan al-Azkar karangan Imam al-Nawawi.

Wallahu a’lam.



Thursday, September 27, 2012

Coretan Peribadi Ungkapan Sanubari

Sudah lama daku tidak menulis akibat kesibukan masa dengan pelbagai aktiviti.

Kini alhamdulillah,daku telah tamat pengajian dalam bidang Masscoomm (Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal,Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,Universiti Teknologi Mara,Shah Alam,Selangor)..Tamatnya alam belajar,sekarang bertungkus-lumus dalam alam pekerjaan,walaupun bidang daku lebih kepada Perhubungan Awam (PR),tetapi rezeki di dalam bidang Penulisan (Journalism). Berbagai jenis penulisan dan artikel telah ku hasilkan dan berkat dari Illahi,perjalanan hidupku berjalan lancar walaupun kadang-kala mengalami kesulitan.,Kerjaya dalam Media (Berita Harian) menjadikan daku lebih tabah malah memberikan daku seribu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..

Wednesday, September 19, 2012


 Salah satu artikel -)


 KANGAR: Sebanyak 48  premis makanan di seluruh negeri ini ditutup kerana didapati tidak memenuhi standard yang ditetapkan Jabatan Kesihatan termasuk menyebabkan berlaku kes keracunan makanan sejak Januari tahun ini.   
  Jumlah itu adalah hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 1,194 premis makanan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi tujuh bulan pertama tahun ini.
  Exco Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar Perlis, Ahmad Bakri Ali, berkata penutupan premis makanan itu bertujuan untuk memberi peringatan kepada pengusaha kedai makan menjaga aspek kebersihan dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan.
  "Sebanyak 57 daripada 1,386 premis yang diperiksa Pejabat Kesihatan Daerah sepanjang tahun lalu ditutup kerana gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan. Malah, sepanjang thuan lalu juga Perlis mencatatkan lima kes keracunan makanan.
  "Justeru, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan MPK akan bekerjasama melakukan pemantauan agresif di Bazar Ramadan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang bulan puasa ini,"katanya.
   Beliau berkata demikian sempena Majlis Promosi Keselamatan Makanan 2012 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri di bazar Ramadan di Stadium Utama di sini, semalam. Terdahulu, Ahmad Bakri turut mengagihkan sebanyak 2,000 apron dan penutup kepala kepada peniaga di bazar berkenaan dan seluruh Perlis.
   Ahmad Bakri berkata, tiga pasukan penguatkuasa akan melakukan operasi pemantauan di  24 bazar yang beroperasi di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini. 
   "MPK mewajibkan setiap gerai menggunakan tong sampah tertutup dan sekiranya mereka ingkar tindakan diambil mengikut Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya
   Ahmad Bakri berkata, orang ramai dinasihatkan bijak memilih kedai yang mengutamakan kebersihan selain perlu mengenalpasti jenis makanan berisiko tinggi serta mengetahui
tanda awal keracunan makanan.
  "Selain pembeli, pengendali premis makanan juga harus bertanggungjawab menyediakan kedai makanan yang bersih selain perlu mendapat suntikan seperti ditetapkan. Dengan adanya sikap bertanggungjawab ini ia dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini," katanya.

Thursday, June 14, 2012

DEMI BANGSAKU _ ALIF BA TA




Persoalan demi persoalan perlu dirungkaikan bagi menjawab segala pertelingkahan yang berlaku dalam kancah politik masa kini. Dek kerana mengejar pangkat dan wang, segelintir golongan masyarakat terus hanyut dalam mimpi mereka. Mereka sanggup menggunakan kepentingan politik  dan keangkuhan mereka demi memenuhi keinginan dan hasrat dalam menerajui negara. Negara kita Malaysia yang mengamalkan institusi Raja Berpelembagaan dan pemerintahan berparlimen terus diancam sedikit demi sedikit. Masyarakat masih lagi leka dalam arus moden masa kini di mana mereka ditipu dengan janji-janji politik pembangkang dan pihak tidak bertanggungjawab. Kepentingan peribadi menjadi asas perjuangan masa kini, bukan lagi perjuangan untuk menjaga Agama, Bangsa dan Negara. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila golongan belia yang akan menjadi peneraju negara masa  hadapan, yang bakal menjana transformasi mencemarkan diri dengan kancah yang tidak sepatutnya. Mereka dilihat sebagai golongan yang tidak berpelajaran di mana sanggup melakukan kekacauan dan menyerang pihak-pihak berkuasa serta melibatkan diri dalam rusuhan dan kekacauan. Kebanyakan adalah dihidu adalah dalam kalangan bangsa kita sendiri, MELAYU. Tidak sedar kah mereka mengenai sejarah masa lampau pabila berlakunya rusuhan dalam peristiwa 13 MEI. Sedarlah duhai manusia

Wednesday, August 3, 2011

Mari mengolah Mengenai 1 malaysia


Mari mengolah mengenai




Memetik kembali kata-kata Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak :
1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia


Tema 1 Malaysia ialah :
Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan
:: Secara xlangsung pelbagai dana dan subsidi telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada semua , cuma antara sedar dan xsedar sahaja. Justeru wajarkah sesetengah pihak mempersoalkan mengenai tindak tanduk kerajaan??? Mari kita kupas persoalan saya ini. ::


Kepada yang masih tidak jelas mengenai konsep ini, mari baca kupasan ini.
Kupasan secara ringkas mengenai 1 Malaysia, pemahaman secara nombor :

1 Malaysia
2 3 4 8
Apa itu 2 3 4 8  ??????? (( ‘ ; ‘ ))

2 – ASAS
3 – TERAS PERPADUAN
4 – NILAI-NILAI MURNI
8 – NILAI-NILAI ASPIRASI




2 – ASAS
Perlembagaan Persekutuan
Rukun Negara

3 – TERAS PERPADUAN
Kenegaraan
Penerimaan
Keadilan Sosial

4 – NILAI-NILAI MURNI
Hormat-menghormati
Rendah hati
Kesederhanaan
Berbudi bahasa


8- NILAI-NILAI ASPIRASI
Budaya ilmu
Budaya ketepatan
Budaya berprestasi tinggi
Budaya inovasi
Integriti
Kesetiaan
Kebijaksanaan
Ketabahan



Sekadar berkongsi ilmu yang ada
Andai kata salah , betulkan saya


Hasil coretan : Mohamad Khairie b Khalid
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ,Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal    


Untuk maklumat lanjut sila layari www.1malaysia.com.my
Bersama menjayakan gagasan 1 Malaysia

Tuesday, August 2, 2011

Perjuangan belum selesai


Perjuangan belum selesai
Itulah kata-kata pembakar semangat yang sering kali kita dengar di radio dan kaca televisyen tatakala kita membukanya. Inilah pencetus semangat untuk kita bangun dan terus bangun memajukan anak bangsa kita sendiri.perjuangan belum selesai dan bermulanya sebuah perjuangan murni yang akan diteruskan sampai bila-bila oleh anak bangsa.perjuangan yang telah dimulakan sejak dahulu kala.
Namun kini, perjuangan ini bagaikan tidak lagi diambil endah oleh segelintir golongan masyarakat dan jangan membiarkan perjuangan belum selesai ini menjadi perjuangan yang telah selesai kerana setiap apa yang terjadi di tanah air kita memerlukan kesedaran anak bangsa.ayuhlah bangsaku bangunlah.jangan tidur lagi kerana sekali kita tidur,kita akan ketinggalan dan menjadika kita selangkah atau dua langkah atau berlangkah-langkah kerana kita masih jauh ketinggalan nun jauh di belakang,sedarlah duhai bangsaku tanah air kita memerlukan pejuang pewaris untuk meneruskan perjuangan nenek moyang kita.sedarilah duhai bangsaku tanah air kita kian hilang dek kecuaian kita sendiri.peristiwa demi peristiwa berlaku,segala tohmahan segala insiden buruk baik kecik mahupun besar berlaku menjadikan seketika keadaan negara kita malah bangsa kita berada dalam situasi yang tidak sepatutnya.bangunlah duhai bangsaku, negara memerlukan kita.keamanan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi janganlah dipersia.mahukah anda negara yang kita cintai ini menjadi seperti zaman penjajahan jepun inggeris belanda dan portugis dahulu?tidak sama sekali.bangunlah bangsaku daku merayu,demi perjuangan suci.bangunlah!!


Hasil nukilan : mohamad khairie bin Khalid
Khairie 11

CARTA ALIR FASILITATOR PELAJAR UITM


salam....hanya berkongsi info mengenai aliran Fasilitator UiTM


PELAJAR

MENGAMBIL BORANG PERMOHONAN

TEMUDUGA ( BERJAYA / TIDAK BERJAYA )

TRAINING OF TRAINERS ( TOT )
DAN
PEMANTAPAN FASILITATOR

AKTIF / TIDAK AKTIF

PENERIMAAN WATIKAH PERLANTIKAN

BERGRADUAT

PENDAFTARAN

ALUMNAI

ALUMNAI
FASILITATOR



FASILITATOR
DI MANA JUA !!!









Cuti 4bulan “ owh!!!! ” rabak / kopak / sempit terkepit2



Cuti 4 bulan..owh lama sungguh cuti nih....da jadik macam zaman lepas Spm ngn Stpm dulu dah...cuti lama2 hahaa pas2 dya mai mode malas bin penyegan nk smbung bajaq,,haaa haru dah...dulu xpa la...la jgn dok jadik lagu 2..haru biru hidup...dah abes part 4 kowt..sem depan nk masuk part 5 @ final sem...uikhhh besaq 2 dugaan...

Dulu ngatkan pas abeh exam konon2 xmaw kerja nk dok rumah puas2 lama xpenah cuti...maw cuti pon org lain cuti 2 bulan lebey tp ak cuti 2 hari ja huh...bizi la punya pasai...tp xpa bnda2 yg bt masa cuti minat...bukan buat kerja ‘ haram ‘ naa..kerja halal la der...haha pas2 dok pikiaq la nk antaq balik moto coz maw dok ada kt shah alam @ bumi kenderaan ni pon bukan ada org nk naik..nk ragas...huh...tp upanya bnda lagu2 nih xleh nk pikiaq....tgok2 dya p rosak lak dah time dok ada atas federal highway...sorg2 lak 2 time 2..haaa awt xambik..angin 1 badan dahla masa 2 tgah panas piauuu punya...hmmm bebai pnya pasai troih p antaq moto 2 balik...haa puas ati hahaha......

P hantaq last2 skali haram xdak kndaraan nk ulang alik terpaksa la mysahkan org..hmmm lama2 xlarat nk kaco org pas2 asa segan la plak...jalan kaki la nk p mana2 pon ...haha syoq 2 ada tp kdg2 letey la....tp pada nk bnding ngn nk naik bas...lg cemuih  tggu...baik jalan ja....tp sbnqnya nk naik bas pon xreti hahaha....
Hmmmmm masa jalan koi jalan pas2 lepas abeh sgala program bagai settle pelarasan report smua dah program tiap2 mggu...pas2 p lah ofis nk antaq smua..tup2 dapat taw ada prgam lak kt Ukm 3 hari...dgq2 kata dapat duit...haha bukan pikiaq duit sbnqnya wlapon tgh kringggg abis ( tp pkiaq gak, spa nk bg duit kalo stkt p prgam )...tp sbnqnya nk tmbah link n kgkwan n pglaman ja....hmm p lah..kunun2 politik bagai...ajak kgkwan xsmua mau..mklmla politik xamai org minat..haha ak peduli apa...politk ka apa ka ak xeran la..bak kata org cinta boley dipupuk malah sama gak lah ngn minat..huhu...program ini dinamakan Mantap atau dalam erti kata lain ‘ Mahasiswa Turun Parlimen ’....Bolehkan mahasiswa berpogram dalam parlimen???arhhh whatever!! As long as  I get what I want, that enough....
Lama2 nnt ak cuti gak...kalo dok lama2 kt kg pon bosan lak ahahhaa....tiba2 berubah pendirian...aduh mamat sorang nih,yakni ak si penulis blog ini, xtetap pendirian langsung !!

( padahal dari sem3 sampai abeh sem4 xpenah2 balik lagi!!!! )
bUzZZZZZZ...buzZZZZyyyyyyy lol

AAK ( ada aku kisah??????? ) lalalalalala..........;p




+ kata2 di dalam post ini tidak boley sama sekali digunakan di dalam sekali di dalam penulisan ilmiah +
+ khas buat adik-adik generasi pembaca sahaja +

Kelab Fasilitator Pelajar ( KEFAJAR ) UiTM Malaysia



KEFAJAR merupakan sebuah nama kelab yg kini semakin meningkat naik di mana kelab ini bernaung di bawh Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM. Penubuhan kelab ini bermula hasil ilham seorang pelajar dari fakulti senibina dan perancangan ukur ( fspu ) di mana beliau menubuhkannya pada era kegemilangan beliau. Kelab ini merupakan kelab yang melahirkan seseroang fasilitator pelajar yang berkebolehan yang mampu untuk melakukan apa sahaja atau dalam erti kata lain ( fleksible ).


Lahirnya seseorang fasilitator pelajar UiTM adalah dari bermulanya sesi temuduga dan pelajar yang Berjaya melepasi temuduga akan dibawa masuk ke peringkat selanjutnya. Dalam peringkat selanjutnya, pelajar yang telah terpilih akan dibawa ke satu kursus latihan iaitu Training of Trainers( TOT ), di mana tidak semua orang layak menjalani kursus ini.Apabila selesai TOT, maka pelajar ini akan secara automatiknya akan bergelar “ fasilitator ” namun mereka tidak akan diberikan watikah perlantikan sekiranya tidak aktif sama sekali di dalam pergerakan kelab ini. Watikah perlantikan adalah penting dan diperlukan sama sekali bagi pelajar yang telah sah menjadi seorang fasilitator kerana apabila keluar atau bergraduat nanti, mereka tidak akan diiktiraf.

Untuk pengetahuan semua, skop fasilitator ini adalah meluas dan fasilitator bukan sahaja boleh mengendalikan modul dan program dalam dan luar university malah mereka mampu untuk menjadi apa sahaja. Berbalik kepada wati kah sebentar tadi, apabila seseorang fasilitator telah bergraduat, mereka masih lagi diiktiraf sebagai seorang fasilitator tetapi mereka adalah tergolong dalam kalangan fasilitator alumnai. Untuk sah menjadi alumnai, mereka perlu mendaftarkan diri di Institut Kepimpinan Pelajar sebagai seorang alumnai dan mereka boleh meneruskan kehidupan seorang fasilitator di mana sahaja mereka mahu.



Hasil nukilan,




Mohamad Khairie bin Khalid
Batch 6 / 2009
Exco Modul dan Keusahawanan 1 Fasilitator
Kelab Fasilitator Pelajar ( KEFAJAR ) UiTM Malaysia






KEFAJAR
“ Mengubah Destini Anak Bangsa ”