Tuesday, August 2, 2011

Kelab Fasilitator Pelajar ( KEFAJAR ) UiTM Malaysia



KEFAJAR merupakan sebuah nama kelab yg kini semakin meningkat naik di mana kelab ini bernaung di bawh Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM. Penubuhan kelab ini bermula hasil ilham seorang pelajar dari fakulti senibina dan perancangan ukur ( fspu ) di mana beliau menubuhkannya pada era kegemilangan beliau. Kelab ini merupakan kelab yang melahirkan seseroang fasilitator pelajar yang berkebolehan yang mampu untuk melakukan apa sahaja atau dalam erti kata lain ( fleksible ).


Lahirnya seseorang fasilitator pelajar UiTM adalah dari bermulanya sesi temuduga dan pelajar yang Berjaya melepasi temuduga akan dibawa masuk ke peringkat selanjutnya. Dalam peringkat selanjutnya, pelajar yang telah terpilih akan dibawa ke satu kursus latihan iaitu Training of Trainers( TOT ), di mana tidak semua orang layak menjalani kursus ini.Apabila selesai TOT, maka pelajar ini akan secara automatiknya akan bergelar “ fasilitator ” namun mereka tidak akan diberikan watikah perlantikan sekiranya tidak aktif sama sekali di dalam pergerakan kelab ini. Watikah perlantikan adalah penting dan diperlukan sama sekali bagi pelajar yang telah sah menjadi seorang fasilitator kerana apabila keluar atau bergraduat nanti, mereka tidak akan diiktiraf.

Untuk pengetahuan semua, skop fasilitator ini adalah meluas dan fasilitator bukan sahaja boleh mengendalikan modul dan program dalam dan luar university malah mereka mampu untuk menjadi apa sahaja. Berbalik kepada wati kah sebentar tadi, apabila seseorang fasilitator telah bergraduat, mereka masih lagi diiktiraf sebagai seorang fasilitator tetapi mereka adalah tergolong dalam kalangan fasilitator alumnai. Untuk sah menjadi alumnai, mereka perlu mendaftarkan diri di Institut Kepimpinan Pelajar sebagai seorang alumnai dan mereka boleh meneruskan kehidupan seorang fasilitator di mana sahaja mereka mahu.



Hasil nukilan,




Mohamad Khairie bin Khalid
Batch 6 / 2009
Exco Modul dan Keusahawanan 1 Fasilitator
Kelab Fasilitator Pelajar ( KEFAJAR ) UiTM Malaysia






KEFAJAR
“ Mengubah Destini Anak Bangsa ”

                               






2 comments:

Anonymous said...

salam..brape lama ek mase dr interview smpai dpt watikah 2...
susah tak nak lepas interview 2...
sy agak berminat lah dgn kefajar lepas pergi conference hari ni tp sem depan dah final sem...
so bleh join lg ke..atau dah agak lambat...

Kery_6789 said...

Wsalam...maaf lambat sgt rep ni ha..da lame xbuka blog..huhu..can i know ni spe?by the way,boley je nk join kefajarni ha coz kami mmg bt intake ...final sem xpe as long datang interview dulu...sy pon salah seorg panel penemuduga jugak,.sbnrbya kami ada buka intake after conference ritu..tp da ttup n da nthen da nk training da..alaaa rginya..tp kalo awk pasan,sy letak num fon n email kt blog ni so that leh cntt sy tros